Friday, January 4, 2019




DUA 2022 : PENGURUSAN DALAM ISLAM

Nama Pensyarah : Puan Nurul Fuaddi binti Sulaiman

Nama Ahli Kumpulan : 
Nur Shafiqah binti Megat Rahman (02DSK18F1002)
Nur Iman Nazuha binti Jamaludin (02DSK18F1006)
Najwa Adriana binti Azaman (02DSK18F1008)
Nur Amiera binti Mohd Ridzuan (02DSK18F1017)


Tugasan : Sistem pengurusan yang berkualiti mampu memajukan negara : Satu realiti atau cabaran ?


PENGENALAN

     Pengurusan diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan.
     Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi.
     Kita pernah mendengar kata-kata seperti "asalah yang timbul itu adalah dari pihak pengurusan "
Pernyataan seperti ini dimaksudkan kepada mereka yang menduduki tingkat atas di dalam organisasi, padahal kelemahan dan masalah yang timbul itu berpunca dari semua pihak pada peringkat pengurusan.
     Kejayaan mengurus sesebuah organisasi boleh diukur dari aspek kecekapan,keberkesanan, produktiviti dan kualiti produk, dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi.
     Kecekapan organisasi boleh diukur dari aspek kuantiti input yang digunakan oleh organisasi untuk menghasilkan satu unit pengeluaran atau perkhidmatan. Contohnya, apabila organisasi berupaya menambahkan bilangan produk atau perkhidmatan dengan menggunakan kuantiti input yang sama ataukurang, organisasi tersebut dianggap telah meningkatkan kecekapannya.
     Kecekapan juga bermaksud apabila pengurus membuat tugasnya dengan betul. Keberkesanan boleh diukur dari segi sama ada pengurus membuat kerja yang betul dan matlamat organisasi berjaya dicapai. Contohnya, organisasi disifatkan tidak berkesan apabila ia gagal mencapai matlamatnya disebabkan oleh pelaksanaan rancangan yang lemah atau kerana kegagalan pihak pengurusan meramal perubahan persekitaran organisasi dengan lebih tepat.

Firman Allah S.W.T: Maksudnya: Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.


DEFINISI PENGURUSAN

Apakah yang dikatakan pengurusan…

Pengurusan, pada amnya dapat didefinisikan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi, pengurusan juga boleh didefinisikan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya.
 Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan "proses"dan "matlamat".
Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan ialah menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain dan apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu dapat dicapai tanpa pengurusan yang betul, pelbagai masalah mungkin akan timbul, baik dari segi kewangan, pemprosesan, dan inventori hinggalah kepada masalah peribadi di kalangan para pekerja.
 Kita pernah mendengar dari media massa tentang beberapa organisasi perniagaan khususnya, yang telah gagal bukan semata-mata kerana masalah persaingan tetapi juga disebabkan oleh pergolakan di dalam organisasi itu sendiri seperti tidak ada persefahaman antara pihak atasan dengan peringkat bawahan, perancangan dan ramalan yang tidak tepat, pembaziran sumber atau penyusunan struktur yang mengelirukan.



KEPENTINGAN PENGURUSAN

Pengurusan merupakan aspek penting dalam sesebuah organisasi. Malah ia penting dalam sesebuah institusi atau sektor. Pengurusan yang baik dan cekap akan melahirkan sebuah organisasi yang maju dan berdaya saing. Pengurusan yang baik  juga memberi kesan positif kepada seisi kakitangan dalam sesebuah organisasi itu.

Pengurusan Islam merupakan satu garis panduan pengurusan yang berlandaskan Islam.Sebagaimana Islam menekankan pelbagai aspek kehidupan, Islam juga menekankan pelbagai etika dan garis panduan dalam pengurusan.Allah S.W.T telah menurunkan al-Quran dan hadis sebagai panduan kepada manusia dari  setiap aspek kehidupan di dunia ini.Ini dijelaskan dalam surah al-Ma’idah ayat 16 yang menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan kepada manusia sebagai garis panduan kepada mereka yang dalam kegelapan.

Dalam sesebuah pengurusan yang baik, ada kepentingan yang diperoleh  daripadanya malahan terdapat juga cabaran dan reailiti untuk menguruskan pengurusan dengan lebih baik.

CABARAN PENGURUSAN

Cabaran utama pengurusan adalah memastikan faktor kritikalnya iaitu sumber manusia dapat melaksanakan segala fungsi-fungsi dan strategi-strategi organisasi dengan cemerlang. Dalam hal ini, cabaran-cabaran dalaman dan luaran yang dikenalpasti dalam pengurusan adalah seperti :

Mengubah Mind Set Kakitangan
i. Mindset kakitangan perlu berubah sejajar dengan perubahan persekitaran yang berlaku dengan pantas.
ii. Oleh itu mindset kakitangan tidak hanya bekerja untuk makan gaji sahaja.
iii. Tetapi sebaliknya berkhidmat untuk menyelesaikan masalah rakyat dan kes-kes yang dilaporkan.
iv. Melaksanakan fungsi pengurusan sumber manusia sebagai organisasi yang cemerlang seharusnya menjadi cabaran kepada setiap kakitangan.
v. Memandangkan pengurusan sumber manusia adalah denyut nadi dan jantung perkhidmatan awam maka mindset kakitangan perlu berubah selaras dengan perubahan persekitaran yang berlaku dalam perkhidmatan awam.
vi. Semua kakitangan hendaklah menyedari dan faham kerja adalah satu ibadah selain dapat melaksanakan kerja yang diamanahkan kita juga dapat memperolehi pahala serta keberkatan dalam hidup.

Menerapkan Nilai-Nilai Murni dan Integriti Dalam Jabatan
i. Walaupun program penerapan nilai murni banyak dilaksanakan tetapi masih banyak perkhidmatan yang tidak berkualiti dan tidak mesra pelanggan
ii. Sistem penyampaian tidak memenuhi kehendak orang ramai dan tidak mesra penggunaan memberi kesan kepada imej organisasi.
iii. Dalam menyampaikan perkhidmatan layanan adalah perkara yang paling penting, tanggapan orang akan bermula dari layanan yang diberi Integriti merupakan perkara yang paling penting dan amat dititikberatkan dalam jabatan , anggota yang tidak berintegriti akan mencemar nama baik jabatan.

Tuntutan Pelanggan Yang Semakin Kompleks Dan Dinamik
i. Memberi perkhidmatan yang terbaik dan berfokus kepada kehendak pelanggan adalah cabaran kepada pengurusan sumber manusia.  
ii. Cabaran pengurusan manusia adalah untuk mewujudkan sumber manusianya yang mempunyai motivasi dan semangat kerja yang tinggi.
iii. Bagi menghadapi cabaran tersebut, strategi pengurusan sumber manusia haruslah memberi fokus terhadap program-program latihan pembangunan pasukan, meningkatkan kebajikan pegawai, menyediakan persekitaran kerja yang kondusif, dorongan dan sokongan dari pihak Pengurusan Atasan serta meningkatkan penglibatan pegawai-pegawai pelbagai peringkat pengurusan dalam proses membuat keputusan.
iv. Dalam perkara ini telah mengambil langkah yang sewajarnya dalam menanggani tuntutan pelanggan yang semakin kompleks dan dinamik dengan memberi latihan yang secukupnya serta mewujudkan pusat latihan serta maktab polis bagi menjalankan kursus kepada kakitangan.

Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan
i. Mempertingkat sistem penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi ekspektasi tinggi daripada pelanggan.
ii. Memperkemas proses dan prosedur kerja secara berterusan bagi mengurangkan karenah birokrasi dan kelewatan.
iii. Melaksanakan perwakilan kuasa bagi pembuatan keputusan dalam perkhidmatan awam.
iv. Pada masa sekarang telah menambah baik  report system  bagi melancarkan proses perkhidmatan dan report boleh dibuat dimana-mana sahaja bagi memudahkan orang ramai.

REALITI PENGURUSAN

Dalam menguruskan sesebuah organisasi dalam satu pengurusan, sudah tentunya kita akan menghadapi realiti yang sebenar dengan pengurusan pada zaman yang semakin moden ini dalam memastikan sesuatu pengurusan itu berjalan dengan lebih sistematik. Antaranya ialah

v Kerap Mengambil Cuti
i. Datuk Omar Osman, menganggarkan antara 1000 hingga 2000 penjawat awam didiapati kerap mengambil cuti.
ii. Sama ada memalsukan sijil cuti atau mengubah jumlah asal cuti sakit yang telah diberikan oleh doktor.

Melakukan Kerja Secara Sambil Lewa
i. Contohnya, melakukan kerja secara berperingkat dan tidak konsisten. Melakukan kerja separuh jalan.
ii. Kemudian, kerja menjadi tidak teliti.
iii. Apabila seseorang pekerja kehilangan fokus, semasa mendengar arahan yang diberikan oleh orang atasan, sudah tentunya akan memberi impak negatif terhadap sesuatu dokumen yang akan dihasilkan.

Tidak Menepati Masa
i. Masuk kerja lewat daripada masa yang telah ditetapkan.
ii. Seseorang kemungkinan mempunyai alasan yang munasabah kerana datang lewat, sama ada masalah keluarga ataupun ada kemalangan semasa dalam perjalanan.

Tidak Melakukan Tugasan Yang Diberikan
i. Pekerja menghadirkan diri ke tempat kerja atas sebab tertentu.
ii. Contohnya, untuk menggunakan kemudahan yang disediakan seperti wifi, untuk tujuan melayari media social.

Tersilap Fahaman (miscommunication)
i. Pekerja tersalah faham tentang apa yang perlu dicapai.
ii. Penyelia harus berkomunikasi dan meminta maklum balas untuk mengurangi konflik begini.

KESIMPULAN

Perlaksanaan sistem pengurusan yang berkualiti dalam negara kita ini adalah satu keperluan yang sangat penting bagi memastikan sesebuah negara itu bertambah maju dengan pesat lagi.
Namun begitu, perlaksanaan pengurusan yang berkualiti dalam sesebuah pejabat ini bukan mudah untuk dibentuk, sebaliknya memerlukan perancangan dan perlaksanaan yang teratur.
Harapan kerajaan untuk menjadikan perkhidmatan awam negara bertaraf  ‘world class’ bukanlah satu perkara yang mustahil.
Bagi memastikan negara malaysia ini sebuah negara yang maju, kita perlu cuba sedaya upaya untuk sama sama merealisasikannya.

PENUTUP

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana kami telah berjaya menyiapkan tugasan iaitu e-folio untuk subjek Pengurusan Dalam Islam yang diberikan ini dengan jayanya. Kami berharap dengan segala usaha yang telah kami lakukan untuk menjayakan tugasan ini dapat dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat. Melalui kajian ini kami dapat mengenalpasti cara yang betul dalam menguruskan sesebuah organisasi mengikut syariat Islam serta dapat mengenal pasti cabaran serta realiti pengurusan dalam islam untuk sesebuah negara. Sekian, terima kasih.

RUJUKAN

I. Teras Utama Sistem Pengurusan Islam, tulisan Auni Haji Abdullah
         Terbitan ; Ar-Risalah,  tahun terbit : 2010
II. Pengurusan Dalam Islam, tulisan Asmahan Mokhtar dan Nurshahiza Mohamad Isa
        Terbitan : Oxford Fajar Sdn. Bhd , tahun terbit : 2015
III. Pengurusan Islam : Potensi Dan Cabaran, tulisan Auni Haji Abdullah
        Terbitan : Darul Fikir, tahun terbit :  2014
IV. Pengurusan Islam Alternatif Pengurusan Moden, tulisan Ahmad Bashir Aziz
        Terbitan : UUM, tahun terbit : 2015
IV. Pengurusan Dalam Islam Menghayati Prinsip dan Nilai Qurani, 
         Terbitan : Akademi Pengurusan YPEIM, tahun terbit : 2005


LAMPIRAN




                          

                             Image result for keratan akhbar tentang bekerja



SEKIAN, TERIMA KASIH